minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Sekadar Bahan Menungan Untuk Direnung …..

Baru-baru ini saya berpeluang menghadiri satu taklmat pemeriksaan peperiksaan    awam di salah sebuah hotel agak-agaknya berstatus 3 bintang di negeri Selangor. Sebagai guru biasa, pengalaman sebegini agak jarang-jarang datang dalam hidup. Ada beberapa perkara yang agak menarik untuk diperkatakan dalam catatan ini.

I

Dengan sejumlah hampir 60 orang khalayak, dari kalangan pendidik…mereka masih kukuh di belakang BA! Secara berani dan terbuka ia diperkatakan secara bergurau, malah dijadikan contoh dalam contoh-contoh penandaan. Melihat situasi seperti itu saya bersetuju denga pendapat seorang penulis dalam  satu laman reformasi, kini segala-gala sudah terbalik. Kalau dulu dalam satu-satu pertemuan golongan yang pro pembangkang terlalu minoriti dan tak cakap apa pun melainkan mereka simpan prinsip mereka dalam hati. Bila ada orang ‘provoke’ pun belum tentu keluar! Tapi kini ia tidak lagi takut untuk dizahirkan. Sebaliknya, mereka yang masih lagi setia dengan bentuk kepimpinan yang kian lapuk dimakan ulat ni..tunduk dan tak senyum pun. Tak ramai pun… Seperkara yang mungkin warga bukan guru tak dapat menyelami mengapa golongan pendidik umumnya sedemikian. Di sekolah-sekolah guru-guru akan mengajar anak-anak muridnya supaya berfikiran kritis dan analitis dalam mentafsir sesuatu fakta. Amalan terima bulat-bulat tiada dalam kamus pendidikan kecuali tarikh-tarikh dalam sejarah atau formula sains dan matematik. Selainnya boleh didebat untuk membentuk minda pelajar yang rasional bukannya jumud. Jika kepada pelajar dituntut sebegitu, maka sebagai guru tentulah lebih jauh kedepan. Bila, kes DSAI meletup, …..siapa yang tak boleh membezakan antara Dr.Mahadey dan DSAI. Maka, tentulah golongan guru tak sependapat dengan mamak nyanyuk tersebut. Kecuali pihak atasan di sekolah kot….sebab mereka tak masuk kelas sangat disebabkan terlibat secara langsung dengan urusan pentadbiran ataupun sebab baru dapat imbuhan selepas banjawan tempoh hari.

II

Saya tak bertanya pun dengan teman-teman yang lain. Dalam bilik yang saya tinggal beberapa hari dan malam itu dilengkapi dengan kitab Bible dan Budhisme. Ia terletak dalam laci meja solek. Apa yang menghairankan saya..kenapa tak letak sekali naskhah al-Quran! Kata teman sebilik, mungkin atas tujuan menghormati kesucian. Tapi, tak kan tak ada penyelesaian. Buatlah  tempat yang agak tinggi sedikit agar tidak semudahnya dijadikan bahan mainan.  (Saya yakin, dalam konteks agama ni umumnya masih ada lagi hormat kepada agama lain.) Bukan apa…dalam pada pak-pak menteri kita mencanangkan  dengan lantang sekali bahawa negara Malaysia adalah negara Islam, tak kan tak boleh buat peraturan kepada pihak hotel. Ini adalah bentuk-bentuk pengisian hati yang patut diwujudkan tanpa melibatkan kos yang tinggi. Bina mercu-mercu tanda ‘Islam’ yang benilai berjuta
malah berbilion sanggup …perkara-perkara yang kecil ini tidak pula dibuat.(Saya  setuju kata YB Saifudin, Islam cara Mahathir hanya utamakan mercu-mercu tanda). 

Saya sempat juga melihat selembar dua halaman bible. Mungkin kalau ada Mat Saleh menginap (memang pasti ada) tentu mereka juga akan melihat naskhah al-Quran tersebut. Itu juga kan dakwah! Lagipun katanya Mat Saleh ni suka mengkaji perkara-perkara yang baru ni.. Melihat kepada realiti  ini, sebenarnya kerajaan telah terlalu banyak berkorban demi menjaga para pelancong dengan menyediakan pelbagai kemudahan dengan ‘selengkapnya.’ Termasuklah layanan-layanan yang biasa di negara-negara Barat.

Sebagai contoh, pembinaan Litar F1, penganjuran beberapa kejohanan sukan bertaraf dunia sudah tentu akan mengundang ribuan pelancong sukan dari luar negara. Mereka akan disediakan hotel-hotel yang berbintang-bintang serta kemudahan-kemudahan ‘eksesori’ yang lain supaya mereka akan berasa seperti di negara mereka. Demi menjaga kebajikan mereka, title ‘negara Islam’ campak dulu
ke tepi. Inilah yang dikatakan golongan yang menjual agama kerana dunia.

Walahu ‘alam…
Al-Ma Maleem D’Tanjung

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter